Jumat, 20 Desember 2013

Orang Utan ketagih rokok

Orang Utan yang ketagih rokok .
Seekor Orang Utan di sebuah zoo telah ketagih merokok,Menurut penjaga zoo ini Orang Utan ini sering diberi rokok oleh pengunjung dan akhirnya ketagih.Orang Utan ini lebih rela tidak makan asalkan diberi rokok.Macam-macam ragam binatang sekarang.


Jom lihat video berikut...


Ini pula bahaya kepada manusia,akibat merokok...
ReadMore..

Kamis, 19 Desember 2013

Tempat Pemakaman Terindah di Dunia

Kompleks pemakaman tidak semuanya memiliki kesan menyeramkan dan mistis. Ada juga yang cantik dan jadi destinasi wisata. Berikut 5 pemakaman dengan pemandangan paling indah di dunia.
Nisan yang penuh ukiran dan patung yang dramatis membuat makam terlihat lebih indah. Karena itulah, banyak kompleks pemakaman yang masuk dalam itinerary para wisatawan. Ditengok dari CNN inilah 5 pemakaman terindah di dunia:

 
1. St Louis No 1, New Orleans, AS
Jika biasanya jasad dikuburkan di tanah, beda halnya dengan yang ada di New Orleans, AS. Karena sering banjir, makam di sini dibuat setinggi mungkin. Bukan nisan setinggi lutut yang akan terlihat di sini melainkan bangunan tinggi dan besar seperti rumah kecil dengan aksesoris seperti nisan.

Pemakaman dengam komposisi nisan paling cantik bernama St Louis Cemetery Number 1. Ini adalah pemakaman tertua di sana. Karena tua, pemakaman ini memiliki nisan-nisan megah nan cantik yang bisa jadi objek foto dan pemandangan.


2. Pemakaman La Recoleta, Buenos Aires, Argentina
Istri Presiden Argentina Juan Peron, Evita Peron disemayamkan di Pemakaman La Recoleta di Buenos Aires, Argentina. Setiap hari ada saja turis yang ziarah ke sana untuk menengok makam sang Ibu Negara yang selalu dikenang oleh rakyat Argentina.

Pemakaman ini sudah ada dari tahun 1822. Pengunjung bisa berkeliling melihat makam-makam yang dibangun dengan anggun dan megah. Pemakaman ini memang jadi tempat disemayamkannya tokoh terkenal Argentina, presiden, kepala militer, juga ilmuwan dan penulis Argentina.


3. Highgate Cemetery, Inggris
Karl Marx dikuburkan di sini, begitu juga dengan George Eliot dan orang tua dari sastrawan Charles Dickens. Pemakaman Highgate menjadi kompleks pemakaman yang kerap didatangi turis. Kini Pemakaman Highgate termasuk dalam English Heritage Register.

Kompleks ini sangat hijau karena dikelilingi dengan pepohonan. Ditambah semak dan pohon merambat yang membuat pemandangan di sana semakin dramatis. Kisah lain yang membingkai pemakaman ini adalah hadirnya vampir. Percaya tidak percaya..


4. Central Cemetery, Wina, Austria
Seperti namanya, ini menjadi pusatnya pemakaman. Central Cemetery memang didesain untuk menampung banyak jenazah. Jadi, jangan heran dengan areanya yang sangat luas.

Banyak pengunjung yang datang karena ingin melihat keindahan kompleks ini. Tak lupa, mereka juga menengok makam komposer musik klasik Beethoven, Brahms dan Strauss di sini. Sementara Mozart tidak memiliki makam melainkan monumen di Group 32a. Pemakaman ini memiliki area Katolik, pemakaman Protestan, makam orang Rusia ortodok dan 2 orang Yahudi.


5. Pere Lachaise, Paris, Prancis
http://www.didunia.net/
Di pemakaman ini, bersemayam banyak tokoh terkenal, salah satunya mendiang vokalis The Doors, Jim Morrison. Pere Lachaise di Paris, Prancis merupakan rumah dari milyaran jiwa. Ada juga makam komposer Chopin di sini.

Jalan setapak yang sederhana dikelilingi oleh makam-makam indah dan pepohonan rindang. Pengunjung yang berziarah ke makam Jim Morrison biasanya meninggalkan koin sebagai tanda cinta. Para penggemar sastra pun tak ayal mendatangi kompleks pemakaman ini karena ada makam sastrawan Oscar Wilde di sini.
 
 
sumber
ReadMore..

Rabu, 18 Desember 2013

Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 7

http://i.imgur.com/UnTCD.jpg Anda telah menentukan Osbon dinobatkan sebagai Juara Maharajalawak Mega! Kini saksikan pula persaingan pelawak-pelawak ternama beraksi bagi meraih gelaran Maharajalawak Mega 2012! Kami menghimpun pelawak-pelawak ternama dalam satu pertandingan bagi mengetahui siapakah yang terbaik antara yang terbaik. Barisan pelawak-pelawak terdiri daripada peserta dari 3 negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia. . Tambah hebat, setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini. Menggunakan konsep dan format yang hampir sama seperti Maharajalawak Mega yang lalu, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan sistem pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Empat orang juri tetap setiap minggu yang kesemuanya terdiri daripada selebriti yang bukan berlatarbelakang pelawak, atau pelakon komedi akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka bakal menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti serta bakat dan kemahiran lakonan yang paling menyerlah daripada perspektif mereka sendiri.

ReadMore..

Selasa, 17 Desember 2013

15 Artis Jepun Paling Kacak

Ini list 15 Artis Jepun Paling Kacak yang telah dirembat oleh BH dari sebuah forum hiburan. Cekidout....

1.RYO NISHIKIDO




2. JIN AKANISHI


3. TOMOHISA YAMASHITA


4.YUU SHIROTA


5. JUNNOSUKE TAGUCHI


6. JUN MATSUMOTO


7. TOMA IKUTA


8.KOIKE TEPPEI


9.HYDE


10. TATSUYA UEDA


 11. NINOMIYA KAZURARI


12. TAKIZAWA HIDEAKI 


13. SHUN OGURI 


14. GACKT


15. HARUMA MIURA

 source: http://www.asianpopcorn.com/forum
ReadMore..

Senin, 16 Desember 2013

Pemeriksaan Kereta Percuma Sempena Aidilfitri

Pemeriksaan Kereta Percuma

KUALA LUMPUR – Puspa­kom Sdn Bhd (PUSPAKOM) menawarkan pemeriksaan su­karela secara percuma kepada pemilik kenderaan persendir­ian sempena Aidilfitri mulai 22 Julai hingga 7 Ogos depan.
Ketua Pegawai Eksekutif­nya Mohammed Shukor Ismail berkata pemeriksaan secara percuma itu merangkumi pengesahan identiti kender­aan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, brek, suspensi dan ketelusan cermin yang akan dijalankan oleh pemeriksa kenderaan PUSPA­KOM yang bertauliah.
“Pemeriksaan kenderaan secara percuma ini merupa­kan antara tanggungjawab korporat PUSPAKOM dalam usaha meningkatkan kes­edaran orang ramai terhadap keselamatan kenderaan se­masa musim perayaan.
“Lebih daripada 150 orang pelanggan bertuah akan di­pilih dan berpeluang untuk menerima hadiah sagu hati yang disediakan oleh PUS­PAKOM,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, pelanggan boleh menjalani pemeriksaan percuma itu di semua cawan­gan PUSPAKOM seluruh negara yang dibuka Isnin hingga Sabtu dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
“Bagi cawangan di Kedah, Kelantan dan Terengganu, PUSPAKOM dibuka dari Ahad hingga Khamis mulai jam 8 pagi hingga 5.30 petang manakala Sabtu dari 8 pagi hingga 5 petang,” katanya. Pelanggan hanya perlu meng­hubungi cawangan yang ingin dikunjungi terlebih dahulu seterusnya pelanggan akan diberi satu waktu pemeriksaan yang spesifik.
Selain itu, Mohammed Shukor berkata pelanggan juga boleh mendapatkan pemeriksaan percuma yang disediakan oleh perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM iaitu pada 29 Julai dari jam 8 pagi hingga 5 petang di Plus R&R Seremban (arah selatan) dan 30 Julai dari 8 pagi hingga 5 petang di Plus R&R Dengkil (arah utara).
Untuk sebarang pertan­yaan lanjut pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Puspakom 1-800-88-6927 atau melayari laman sesawang PUSPAKOM di www.puspa­kom.com.my. — BERNAMA
ReadMore..

Minggu, 15 Desember 2013

Obama Setuju Hentikan Keganasan

Obama Setuju Hentikan Keganasan


Obama Setuju Hentikan Keganasan - PHNOM PENH : Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberi respons positif kepada gesaan Malaysia dan Indonesia dalam usaha menghentikan keganasan yang berlaku di Gaza, Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Obama memaklumkan kepadanya pagi semalam bahawa beliau telah membuat beberapa panggilan telefon malam kelmarin dalam usaha menghentikan keganasan.
Tindakan itu adalah susulan langkah Malaysia dan Indonesia membangkitkan isu berkenaan pada Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin ASEAN-Amerika Syarikat di sini.
“Dalam pertemuan itu, saya memohon kepada Obama agar bertindak menghentikan keganasan yang sedang berlaku di Gaza dan mencari penyelesaian jangka sederhana dan panjang berdasarkan penyelesaian dua negara (seperti yang dicadangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) sebagai asas kepada resolusi konflik itu,” kata Najib kepada media Malaysia di sini semalam.
Kedua-dua pemimpin berkenaan bertemu sekali lagi pagi semalam semasa Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Perkongsian Rentas Pasifik di sini.
“Obama memaklumkan kepada saya pagi ini (semalam) bahawa beliau telah bertindak dengan membuat beberapa panggilan telefon.
“Obama berkata beliau akan cuba. Beliau mahu supaya keganasan yang berlaku sekarang dihentikan dan beliau tahu bahawa untuk mencari penyelesaian yang menyeluruh dan muktamad merupakan satu tugas yang sangat besar.
“Kami tahu tentang cabaran dan betapa rumitnya isu ini. Saya fikir di pihak beliau ada hasrat untuk mencari penyelesaian muktamad kepada perkara ini,” kata Najib.
Israel melancarkan operasi serangan terkini yang dipanggil Pillar of Defence di Gaza sejak 14 November mengakibatkan lebih 100 orang terkorban dan sekurang-kurangnya 300 lagi cedera. – Kosmo
ReadMore..

Selasa, 10 Desember 2013

Sedih kucingku mati satu lagi

awalnya sempet denger dia minta pintu..
aku cuekin,,

eh,, barusan lewat anjing,,
aku cek di samping rumah,,
kucing kecilku sudah terkapar tak bernyawa,,

innalillahi wa inna ilaihi rojiun,,

#aku dendam padamu anjing
ReadMore..