Rabu, 01 Januari 2014
Browse »
home»
angkat
»
salahuddin
»
sumpah
»
tun
»
tyt
»
Tun Salahuddin Angkat Sumpah TYT

Tun Salahuddin Angkat Sumpah TYT

KUCHING – Tun Abang Muhammad Salahuddin hari ini mengangkat sumpah untuk terus memegang jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak selama sepenggal lagi.
Beliau turut menandatangani surat pengistiharan dengan disaksikan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjun di Dewan Lapau Kompleks Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya.
Acara bermula dengan pembacaan surat cara pelantikan oleh Abdul Taib.
Yang turut hadir isteri Abang Muhammad Salahuddin, Toh Puan Norkiah Abdullah dan isteri Abdul Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.
Abang Muhammad Salahuddin, 92, menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara pada 22 November.
Beliau yang dilahirkan pada 27 Ogos 1921 di Kampung Nangka Sibu merupakan Yang Dipertua Negeri Sarawak ketiga dari 1977 hingga April 1981 menggantikan Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.
Beliau meneruskan tugas itu buat kali kedua pada 2001 menggantikan Tun Ahmad Zaidi Adruce yang meninggal pada Disember 2000. – BERNAMA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar